PAKISTAN akan membeli minyak mentah dari Rusia pada harga diskaun, kata Menteri Petroleum Musadik Malik semalam.
“Rusia memutuskan untuk membekalkan minyak mentah kepada Pakistan pada kadar diskaun,” kata Malik kepada pemberita di Islamabad, menurut laporan media tempatan.
Menteri itu berkata Rusia juga akan memberi petrol dan diesel kepada Pakistan pada kadar yang lebih murah.
Malik melawat Moscow minggu lepas untuk membincangkan mengenai bekalan tenaga.
“Lawatan kami ke Rusia ternyata lebih produktif daripada jangkaan,” katanya. – Bernama, 6 Disember, 2022.
Komen