Kerajaan umum mekanisme baharu kurangkan harga telur esok, kata PM


Putrajaya akan umum mekanisma bagi mengurangkan kebergantungan kepada kartel dan mengurangkan harga telur di pasaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2022.

KERAJAAN akan umum mekanisme baharu bagi mengurangkan harga telur di pasaran, kata Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu akan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu esok, menurut perdana menteri.

“Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad Sabu) esok dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. 

“Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan,” pada sidang media pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di  Putrajaya hari ini.

Sidang media turut disertai Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi danFadillah Yusof, serta Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali. 

Harga maksimum runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji; gred B (43 sen) dan gred C (41 sen) di Semenanjung Malaysia. Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah. – 5 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen