Finland kemuka rang undang-undang keahlian Nato ke Parlimen 


Turki dan Hungary belum mengesahkan keahlian Finland dalam perikatan Nato.– Gambar AFP, 5 Disember, 2022.

KERAJAAN Finland akan mengemukakan rang undang-undang mengenai keahlian Nato kepada parlimen pada Isnin, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Finland STT.

Meskipun Turki dan Hungary belum mengesahkan keahlian Finland dalam perikatan itu, Finland mahu rang undang-undang itu dibahaskan dengan lebih awal di peringkat jawatankuasa parlimen.

Rang undang-undang yang ditaja Kementerian Luar Finland itu telah diumumkan untuk rundingan pada 3 November. 

Pada 18 Mei – tiga bulan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine – Finland dan Sweden menyerahkan permohonan keahlian Nato.

Hungary dan Turki antara 30 negara perikatan yang masih belum meluluskan keahlian dua calon baharu itu.

Minggu lalu, Menteri Luar Finland Pekka Haavisto berkata Hungary berjanji untuk meratifikasi keahlian negara itu pada awal Februari. – Bernama, 5 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen