Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai Rabu


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 7 hingga 9 Disember ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2022.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Disember.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.  – Bernama, 5 Disember, 2022.          


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen