England tewaskan Senegal, mara ke suku akhir Piala Dunia


England menewaskan Senegal 3-0 dalam perlawanan Pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022. – Gambar Facebook, 5 Disember, 2022.

ENGLAND menewaskan Senegal 3-0 dalam perlawanan Pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, lapor Agensi Anadolu.

Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk England pada minit ke-38 dibantu Jude Bellingham.

Sementara itu, bintang England Harry Kane menjaringkan gol pertamanya di Qatar 2022 pada separuh masa pertama menerusi serangan balas.

The Three Lions mendahului separuh masa pertama 2-0 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

Pada minit ke-57, pemain sayap England, Bukayo Saka menghadiahkan gol penyudah jarak dekat selepas dibantu Phil Foden.

England dijadual menentang Perancis pada Sabtu di Stadium Al Bayt. – Bernama, 5 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen