BANJIR kilat berikutan hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang yang mengambil bahagian dalam upacara keagamaan di Johannesburg manakala yang lain masih dilaporkan hilang, kata perkhidmatan kecemasan semalam.
Sekumpulan 33 penganut menyertai upacara gereja di tebing sungai Jukskei ketika banjir melanda pada Sabtu, kata Robert Mulaudzi, jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Kota Johannesburg.
Sebelum ini dilaporkan seramai sembilan orang maut dengan penemuan lima mayat dalam bencana berkenaan, kata Maudzi.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan angkat tepat untuk jumlah yang masih hilang.
Paderi yang menyertai upacara itu termasuk pembaptisan terselamat, kata Mulaudzi.
“Dua orang dihanyutkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 12 lagi mayat ditemui,” katanya.
Pasukan bomba dan penyelamat masih mencari mangsa yang hilang tetapi perkhidmatan kecemasan berkata peluang menemui mangsa masih hidup semakin tipis.
Air pasang besar secara tiba-tiba adalah perkara biasa di sebahagian kawasan di Johannesburg ini, di mana ribut berlaku hampir setiap malam semasa musim panas.
“Orang ramai mempunyai akses percuma ke sungai dan “mengamalkan agama mereka di mana mereka mahu.
“Tetapi kita mesti memperhebatkan kempen kesedaran untuk mengelakkan tragedi sebegitu,” kata Maudzi. – AFP, 5 Disember, 2022.
Komen