Dior julung kali anjur pertunjukan fesyen di Piramad Giza Mesir


Pertunjukan fesyen anjuran Christian Dior diadakan buat julung kalinya di Dataran Tinggi Giza berhampiran kompleks piramid terkenal di Mesir. – Gambar EPA, 5 Disember, 2022.

CHRISTIAN Dior buat julung kalinya mengadakan pertunjukan fesyen di Dataran Tinggi Giza berhampiran kompleks piramid terkenal di Mesir, menurut Kementerian Pelancongan dan Arkitek negara itu.

Pada Sabtu Dior mempersembahkan koleksi lelaki musim luruh/sejuk 2023.

“Ia merupakan pertunjukan pertama fesyen Dior di Mesir dan kali pertama dalam sejarah pertunjukan fesyen berlangsung di Piramid Giza,” menurut kenyataan media kementerian, lapor Sputnik.

Pada Oktober pereka Itali Stefano Ricci mengadakan pertunjukan fesyen di Mortuary Temple Hatshepsut di Luxor, selatan Mesir. – Bernama, 5 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen