Isu lampu belakang, Tesla panggil balik lebih 400,000 unit kereta di China


Model 3 dan Model Y terlibat dipanggil balik di China. – Gambar EPA, 4 Disember, 2022.

PENGELUAR kereta elektrik Tesla memanggil semula 435,132 unit kenderaan di China susulan gangguan perisian yang boleh menyebabkan lampu belakang gagal menyala, lapor Agensi Berita Xinhua.

Ia melibatkan 142,277 kenderaan Model 3 yang dikeluarkan antara 27 Disember 2020 dan 7 November 2022 serta hampir 300,000 kenderaan Model Y yang dikeluarkan antara 1 Januari 2021 dan 1 November 2022, menurut kenyataan Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran China.

Lampu belakang pada satu atau kedua-dua sisi kenderaan mungkin gagal menyala kerana anomali perisian tegar boleh menyebabkan pengesanan kerosakan palsu semasa proses memanaskan kenderaan.

Kegagalan itu boleh meningkatkan risiko perlanggaran dalam keadaan gelap.

Tesla akan menggunakan perisian terkini bagi menangani isu itu, menurut kenyataan itu. – Bernama, 4 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen