TENTERA Udara Israel berkata mereka melancarkan serangan udara terhadap pangkapan pergerakan Islam Hamas di Tebing Gaza selepas roket dilancarkan dari kawasan itu ke jajahan Israel.
Tentera Israel pada petang Sabtu melaporkan sebuah roket dilancarkan dari Tebing Gaza ke arah Israel, yang pertama bulan ini.
Serangan itu berlaku selepas salah satu cabang ketenteraan Gaza, Islamic Jihad, mengancam melakukan serangan balas ke atas tentera Israel yang membunuh dua pemimpinnya di bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis lepas.
“Dalam serang balas ke atas roket dilancarkan ke jajahan Israel, pesawat pejuang IDF menyasarkan pangkalan pembuatan senjata milik organisasi pengganas Hamas,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Pangkalan itu adalah tapak “di mana majoriti roket organisasi itu di Tebing Gaza dihasilkan,” katanya.
Pasukan Pertahanan Israel juga menyerang “terowong pengganas Hamas di selatan Tebing Gaza”, katanya.
Sumber keselamatan di Gaza melaporkan dua serangan dilakukan di selatan kawasan itu, satu menyasarkan tapak latihan tentera di Khan Younis dan satu lagi kawasan tiada penduduk berhampiran Rafah.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu, menurut sumber perubatan Palestin.
Pada Ogos lepas, sekurang-kurangnya 49 penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran tiga hari antara Israel dan Palestin di Gaza, yang disekat Israel sejak 2007. – AFP, 4 Disember, 2022.
Komen