Insiden bom landasan kereta api Sadao, tiada rakyat Malaysia terlibat


Keadaan gerabak dan landasan yang meletup petang tadi. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2022.

TIADA rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden bom landasan kereta api di Sadao, Thailand petang tadi.

Exco Kemudahan dan Prasarana, Pengangkutan, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam Perlis, Izizam Ibrahim berkata daripada maklumat yang diterima, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

“Saya juga difahamkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden yang melibatkan kereta api kontena yang membawa komoditi getah,” katanya.

Beliau berkata letupan bom tersebut tidak melibatkan kereta api penumpang.

Media sebelum ini melaporkan Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand. – Bernama, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen