Gempa bumi kuat landa Jawa Barat Indonesia


Gempa itu berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118 km. – Gambar AFP, 3 Disember, 2022.

GEMPA bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di wilayah Jawa Barat pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan namun BMKG memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.

Gempa itu berlaku pada 4.49 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118 km.

Gegaran dirasai di ibu kota, kira-kira 154 km dari pusat gempa dengan bangunan tinggi bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.

Bulan lepas, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 orang. – Bernama, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen