Pedro Castillo tekad terus berkhidmat hingga tamat tempoh


Presiden Peru Pedro Castillo berkata tiada apa boleh menghalang beliau terus berkhidmat sehingga tempoh penggalnya tamat. – Gambar EPA, 3 Disember, 2022.

PRESIDEN Peru Pedro Castillo berkata tiada apa boleh menghalang beliau terus berkhidmat sehingga tempoh penggalnya tamat.

Beliau berkata demikian sehari selepas Kongres Peru mengundi untuk memulakan prosiding pemecatan terhadapnya atas dakwaan “ketidakcekapan moral”, lapor Xinhua.

Presiden berkata beliau menyambut baik gesaan untuk berdialog dan “gencatan senjata politik” antara cabang eksekutif dan perundangan Peru yang dibuat dalam laporan awal pegawai dari Pertubuhan Negara-negara Amerika yang melawat negara itu pada 21 hingga 22 November.

Berdasarkan undi 73 berbanding 32, Kongres memutuskan untuk memulakan prosiding pemecatan terhadap presiden dengan pengundian dijadual berlangsung pada 7 Disember.

Usul pemecatan itu mesti menerima sekurang-kurangnya 87 undi atau dua pertiga sokongan ahli parlimen untuk membolehkan presiden disingkirkan. – Bernama, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen