MOSCOW memberikan pasport Russia kepada Edward Snowden, lapor United Press International (UPI), memetik peguamnya.
Bekas kontraktor perisikan berusia 39 tahun yang membocorkan maklumat sulit pada 2013 diberikan kerakyatan Russia oleh Presiden Vladimir Putin pada September.
Snowden bakal menghadapi tuduhan pengintipan dan berdepan hukuman 30 tahun penjara di Amerika Syarikat jika dia kembali.
“Edward menerima pasport Russia semalam dan mengangkat sumpah mengikut undang-undang,” kata peguamnya Anatoly Kucherena, menurut Agensi Berita Interfax Russia.
Selepas membocorkan maklumat sulit, bekas kontraktor Agensi Keselamatan Negara itu melarikan diri ke Hong Kong sebelum tinggal di Russia sejak Jun 2013 dan dilaporkan bekerja untuk sebuah syarikat IT Russia.
Snowden dan isterinya memohon kerakyatan Russia pada November 2020, sebulan selepas diberikan pemastautin tetap. – Bernama, 3 Disember, 2022.
Komen