Pejabat pilihan raya Nigeria diserang


PEJABAT badan pilihan raya Nigeria, INEC dibakar, kata suruhanjaya pilihan raya semalam dan ia adalah insiden keganasan terbaru dalam kurang tiga bulan menjelang hari mengundi pemilihan presiden tahun depan.

Pada Februari depan, rakyat Nigeria akan memilih siapa bakal menggantikan Presiden Muhammadu Buhari yang akan meletak jawatan selepas dua penggal memegang kuasa.

Kebimbangan tercetus susulan serangan terbaru di pejabat INEC, terutama di kawasan tenggara negara itu.

Jurucakap INEC Festus Okoye berkata pejabat suruhanjaya itu bagi kawasan Orlu di serang.

Katanya, insiden berlaku pada Khamis ketika bangunan itu yang sedang dibaiki berikutan serangan sebelum ini, diserang dan dibakar.

Okoye berkata tiga pekerja pembangunan diculik tetapi kemudian dibebaskan.

INEC baru-baru ini mengeluarkan amaran terhadap ugutan keganasan dalam kempen menjelang pilihan raya, berkata ia mengesan 50 serangan dalam tempoh dua bulan lalu.

Pilihan raya Parlimen dan negeri akan diadakan serentak pada Februari. – AFP, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen