Wartawan ditahan di Senegal lancar mogok lapar


Penahanan Pape Ale Niang mencetuskan kritikan daripada media dan organisasi persatuan sivil, dengan ratusan menyertai tunjuk perasaan di Dakar bulan lalu, mendesak pembebasannya. – Gambar Facebook, 3 Disember, 2022.

SEORANG wartawan Senegal yang dipenjarakan susulan kritikan terhadap Presiden Macky Sall melancarkan mogok lapar semalam bagi membantah hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, kata organisasi media.

Pape Ale Niang, pengarah laman web berita Dakar Matin ditahan di ibu kota Senegal hampir sejak sebulan lalu selepas ditahan pada 6 November.

Beliau dituduh menyiarkan mesej sulit berkenaan perkara keselamatan berkaitan siasatan ahli politik pembangkang Ousmane Sonko berhubung tuduhan rogol, bulan lalu.

“Niang mula mogok lapar hari ini,” kata pegawai penyelaras persatuan media Senegal Ibrahima Lissa Faye.

Niang mengumumkan hasratnya untuk mogok lapar pada Khamis, bercakap tentang seksaan psikologi dialaminya dan pemenjaraan tidak adil.

Setiausaha agung NGO Reporters Without Borders menggesa presiden untuk menghormati kebbeasan media susulan Niang dipenjarakan.

Penahanan Niang mencetuskan kritikan daripada media dan organisasi persatuan sivil, dengan ratusan menyertai tunjuk perasaan di Dakar bulan lalu, mendesak pembebasannya. – AFP, 3 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen