POLIS Israel menembak mati seorang rakyat Palestin di Tebing Barat semalam, dalam satu insiden keganasan dan pergaduhan.
Polis Israel berkata pengawal sempadannya didatangi beberapa suspek di bandar Huwara apabila salah seorang daripadanya mengeluarkan pisau dan menikam salah seorang daripada mereka.
Pengawal terbabit bertindak dengan menembak seorang suspek, kata polis dalam satu kenyataan, dan mengesahkan seorang rakyat Palestin terbunuh.
Rondaan berkala dilakukan tentera Israel di Huwara, yang menjadi lokasi jalan utama di selatan Nablus, utara Tebing Barat.
Ahli majlis perbandaran Huwara Wajeh Odeh berkata tembakan itu membawa kepada perbalahan.
Pengawal lengkap bersenjata dikerahkan berkawal di jalan raya susulan insiden itu. – AFP, 3 Disember, 2022.
Komen