4 menteri angkat sumpah senator pagi esok


Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengangkat sumpah sebagai senator esok. – Gambar EPA, 2 Disember, 2022.

EMPAT senator yang dilantik menganggotai Kabinet akan mengangkat sumpah pagi esok.

Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mengesahkan waktu majlis itu seperti dilaporkan Astro Awani.

Empat senator berkenaan ialah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Saifuddin Nasution, Zambry Abd Kadir dan Mohd Na’im Mokhtar

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tewas dalam usahanya untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau akan mengangkat sumpah untuk penggal kedua tiga tahunnya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir yang tewas dalam saingan di kerusi Parlimen Lumut dilantik sebagai Menteri Luar.

Ketua Hakim Syarie pula akan mengambil portfolio Menteri Agama yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – 2 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen