Ketua polis Seoul disoal siasat insiden rempuhan Iteawon


Ketua polis Seoul turut disoal siasat susulan kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween di daerah Itaewon pada 29 Oktober. – Gambar EPA, 2 Disember, 2022.

KETUA polis Seoul dipanggil untuk disoal siasat pada Jumaat sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan mengenai kejadian rempuhan maut di kejiranan Itaewon, Seoul.

Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, Kim Kwang Ho tiba di ibu pejabat pasukan penyiasat khas di barat Seoul, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kim didakwa atas tuduhan kecuaian profesional, mengakibatkan kematian 158 orang pada 29 Okt.

Ditanya mengenai pertuduhan yang dihadapi beliau setibanya di bangunan itu, Kim hanya berkata, “Saya sedia menjalani siasatan tanpa menyembunyikan atau menambah sebarang fakta.”

Beliau adalah pegawai polis berpangkat tinggi yang dipanggil untuk disoal siasat selepas pasukan penyiasat itu mendapat waran menahan empat pegawai kanan pada Khamis. – Bernama, 2 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen