Ketua penjara Ecuador mati dibunuh


WARDEN penjara Ecuador di mana berlaku rusuhan dua minggu lalu, dibunuh sekumpulan penembak semalam, kata agensi penjara persekutuan.

Pesara polis colonel Santiago Loza menjawat jawatan ketua penjara Pichincha 1 di Quito pada 9 November.

Tetapi hanya seminggu selepas itu, rusuhan berlaku susulan beberapa ketua kumpulan gengster dipindahkan ke penjara lain. Seramai 10 banduan terbunuh dalam rusuhan itu.

Loza menjadi mangsa dalam satu serangan di tepi jalan di Quito, kata agensi penjara persekutuan dalam satu kenyataan.

Saksi berkata Loza sedang memandu keretanya ketika beberapa lelaki menunggang motosikal menembaknya hingga mati, kata polis.

Sejak Februari 2021, berpuluh-puluh rusuhan yang ada kaitan dengan gengster berlaku di penjara Ecuador, menyebabkan kira-kira 400 banduan terbunuh.

Agensi penjara berjanji untuk menambah baik dan menyelesaikan masalah lebihan kapasiti dan banduan di penjara.

Pada Isnin, pihak berkuasa Ecuador mengerahkan 1,461 tambahan pengawal ke penjara itu yang pada masa ini mempunyai 1,500 pengawal, yang terpaksa mengawal 32,000 banduan di situ. – AFP, 2 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen