2 maut, 30 masih hilang tanah runtuh di Brazil 


Kejadian tanah runtuh yang berlaku di lebuh raya di wilayah Parana, selatan Brazil. Dua dilaporkan maut manakala 30 lagi masih hilang.– Gambar AFP, 1 Disember, 2022.

TANAH runtuh yang berlaku di lebuh raya di selatan Brazil menyebabkan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 30 lagi hilang, menurut kerajaan wilayah Parana pada lewat Rabu, lapor Xinhua.

Kejadian pada Isnin itu dicetuskan oleh hujan lebat dan turut menimbus 16 kenderaan.

Menurut pihak berkuasa anggota bomba berjaya menyelamatkan enam orang dan menemukan dua mayat namun, jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan. – Bernama, 1 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen