2022 tahun paling panas Perancis


Perkhidmatan meteorologi Meteo France berkata secara purata, suhu di Perancis bagi tahun ini secara keseluruhan akan melebihi 14.2 darjah Celsius. – Gambar EPA, 1 Disember, 2022.

TAHUN 2022 direkodkan sebagai tahun paling panas di Perancis, tanpa mengambil kira bacaan suhu pada Disember, menurut perkhidmatan meteorologi negara Meteo France pada Rabu.

Perkhidmatan itu memaklumkan bahawa secara purata, suhu bagi tahun ini secara keseluruhan akan melebihi 14.2 darjah Celsius, lapor Xinhua.

Gelombang haba yang melanda Perancis ketika musim panas lalu menyebabkan 2,816 kematian berbanding rekod pada lima tahun lalu, menurut agensi kesihatan awam Perancis pada awal November.

Meteo France memaklumkan cuaca panas terik ditambah dengan musim kemarau melanda sebahagian besar negara pada tahun ini.

Hujan tahunan dijangka sekitar 25 peratus lebih rendah daripada biasa bagi tahun ini. – Bernama, 1 Disember, 2022.          


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen