Maradona tentu sangat gembira, kata Messi


Argentina mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia selepas menewaskan Poland 2-0. Argentina akan bertemu Australia pada Sabtu. – Gambar Facebook, 1 Disember, 2022.

LIONEL Messi percaya Diego Maradona pasti sangat gembira selepas beliau berjaya membawa Argentina mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia selepas menewaskan Poland 2-0.

Messi tampil 22 kali dalam perlawanan, mengatasi legenda dunia sepasukannya itu yang meninggal dunia dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu betapa gembiranya hati dapat meneruskan pencapaian rekod seperti ini. Saya rasa Diego tentunya sangat gembira untuk saya, kerana beliau selama ini sering menunjukkan perhatian kepada saya dan selalu gembira dengan pencapaian saya,” kata Messi.

Kapten pasukan Argentina itu berkata beliau tetap gembira dengan perlawanan besar itu walaupun terlepas penalti.

“Kami capai objektif pertama kami iaitu keluar dari kumpulan itu selepas permulaan kami dalam Piala Dunia kali ini agak tidak dijangka (Argentina kalah 2-1 kepada Arab Saudi).

“Saya betul-betul kecewa terlepas penalti itu, kerana saya tahu gol itu akan dapat mengubah keseluruhan perlawanan ini, ia akan buat anda bermain dengan cara yang berbeza. Tetapi saya rasa bila saya tidak berjaya dalam penalti itu, ia menjadikan pasukan semakin kuat,” katanya.

Messi, perlu menang Piala Dunia untuk menjadikan beliau legasi antara pemain terhebat dunia.

Argentina akan bertemu Australia pada Sabtu. – AFP, 1 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen