H&M buang 1,500 pekerja bagi jimatkan kos


Syarikat gergasi fesyen Sweden H&M berkata langkah itu dijangka dapat menjimatkan kewangan syarikat kira-kira 2 bilion krona Sweden (AS$189.5 juta) setahun. – Gambar EPA, 1 Disember, 2022.

SYARIKAT gergasi fesyen Sweden H&M pada Rabu mengumumkan langkah mengurangkan kos dengan menamatkan perkhidmatan 1,500 pekerjanya, lapor Agensi Anadolu.

Langkah itu dijangka dapat menjimatkan kewangan syarikat kira-kira 2 bilion krona Sweden (AS$189.5 juta) setahun, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Berdasarkan program global kos dan kecekapan H&M, dianggarkan caj penstrukturan semula lebih 800 juta krona (AS$75.8 juta) pada suku keempat 2022, menurut kenyataan itu.

“Program kos dan kecekapan yang telah kami mulakan melibatkan kajian semula organisasi dan kami menyedari hakikat bahawa rakan sekerja akan terjejas oleh perkara ini.

“Kami akan menyokong rakan sekerja kami dalam mencari penyelesaian terbaik untuk mengorak langkah seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif H&M Helena Helmersson. – Bernama, 1 Disember, 2022.          



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen