Ekonomi Rusia kekal stabil walau berdepan sekatan


Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pendapatan Rusia lebih tinggi daripada jangkaan dan paras hutang menurun sebanyak satu perempat. – Gambar EPA, 30 November, 2022.

EKONOMI dan sistem kewangan Rusia kekal stabil meskipun dikenakan sekatan oleh negara-negara Barat, lapor Agensi Anadolu memetik Perdana Menteri Mikhail Mishustin pada Selasa.

Semua petunjuk ekonomi utama adalah “seimbang,” kata Mishustin ketika sesi mesyuarat kerajaan di Moscow.

“Sekatan itu tidak mengganggu kestabilan sistem kewangan Rusia atau menjejaskan kestabilan makroekonomi.

“Langkah sistematik yang digunakan memungkinkan kestabilan ekonomi, menyokong perusahaan dan keseluruhan industri serta menyelamatkan pekerjaan,” katanya.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, pendapatan Rusia lebih tinggi daripada jangkaan dan paras hutang menurun sebanyak satu perempat.

Objektif kini adalah untuk kembali kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, tegas Mishustin. – Bernama, 30 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen