MYANMAR melanjutkan langkah pencegahan Covid-19 sehingga 31 Dis, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Pencegahan, Kawalan dan Rawatan Covid-19 pada Selasa.
Menurut jawatankuasa berkenaan, tempoh lanjutan itu merangkumi semua sekatan Covid-19 yang akan tamat tempoh pada 30 Nov, lapor Xinhua.
Langkah lanjutan itu meliputi semua perintah, pengumuman, arahan yang dikeluarkan sebelum ini oleh organisasi kerajaan dan kementerian masing-masing untuk membendung wabak itu, menurut kenyataan itu.
Sehingga Selasa, Myanmar merekodkan 633,217 jangkitan Covid-19 termasuk 19,488 kematian manakala 607,725 pesakit kembali pulih, menurut data kementerian kesihatan. – Bernama, 30 November, 2022.
Komen