Hakim arah Trump beri keterangan saman fitnah


Donald Trump berdepan dakwaan berkembar perkosa dan fitnah dalam kes 2019 dan dibawa oleh wartawan E Jean Carroll. – Gambar EPA, 30 November, 2022.

DONALD Trump perlu memberi keterangan pada April sebagai sebahagian daripada saman fitnah yang difailkan oleh seorang wanita yang mendakwa diperkosa bekas presiden itu pada 1990-an, kata mahkamah pada Selasa.

Trump, 76, berdepan dakwaan berkembar perkosa dan fitnah dalam kes 2019 dan dibawa oleh wartawan E Jean Carroll, yang kini berusia 78 tahun.

Kedua-dua pihak mengemukakan deposit pada Oktober di hadapan Hakim Lewis Kaplan dan pada Selasa menandatangani arahan menetapkan 10 April sebagai permulaan perbicaraan fitnah, seperti diminta oleh Carroll.

Carroll, bekas kolumnis majalah Elle, menyaman presiden ketika itu Trump kerana memfitnah di mahkamah sivil New York pada 2019.

Dalam petikan bukunya yang diterbitkan oleh Majalah New York pada tahun itu, Carroll berkata beliau diperkosa oleh Trump di bilik persalinan di gedung mewah Bergdorf Goodman di Fifth Avenue di New York pada pertengahan 1990-an.

Trump menafikan tuduhan itu, berkata Carroll bukan jenis wanita yang diminatinya dan berbohong. Carroll kemudiannya bertindak memfailkan saman kerana kenyataan fitnah itu.

Trump berkata tidak pernah bertemu Carroll dan peguamnya berhujah Trump mempunyai imuniti memandangkan beliau menjadi presiden pada 2019.

Ketika itu Carroll tidak boleh memohon Trump didakwa atas tuduhan memperkosa kerana statut pengehadan bagi kesalahan yang didakwa tamat tempoh.

Tetapi undang-undang baharu yang berkuat kuasa di New York melindungi mangsa serangan seksual beberapa dekad selepas serangan mungkin berlaku. Ia memberi mangsa serangan seksual di negeri New York tempoh setahun untuk menyaman pihak didakwa walaupun kejadian berlaku lama dahulu.

Justeru, peguam Carroll memfailkan saman sivil yang dinaik taraf pada Khamis lalu yang menuduh Trump secara paksa memperkosa dan meraba beliau serta fitnah dalam satu status di platform Truth Social bulan lalu di mana Trump menafikan dakwaan rogol itu.

Saman ini menuntut perbicaraan sivil pada 2023 dan ganti rugi pampasan serta punitif yang tidak ditentukan bagi kecederaan psikologi, kesakitan dan penderitaan, kehilangan maruah dan kerosakan pada reputasinya.

Perbicaraan yang dijadualkan pada April ini hanya melibatkan dakwaan fitnah.

Dalam aduan baharunya, Carroll mengulangi beliau berdiam diri selama lebih 20 tahun kerana takut akan tindakan balas tetapi mengubah fikirannya selepas gerakan #MeToo bermula pada 2017 menentang keganasan terhadap wanita.

Peguam Trump dalam kes itu, Alina Habba, berkata Khamis lalu beliau menghormati dan mengagumi mereka yang tampil di bawah undang-undang negeri New York yang baharu.

“Tetapi malangnya kes ini adalah penyalahgunaan tujuan Akta diwujudkan yang mengerikan yang berisiko menjejaskan kredibiliti mangsa sebenar,” kata Habba.

Dalam catatannya pada 12 Oktober di akaun Truth Socialnya, Trump berkata Carroll hanya mereka cerita. – AFP, 30 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen