Pentagon dakwa stok senjata nuklear China naik 3 kali ganda menjelang 2035


Pentagon mendakwa stok senjata nuklear tentera China mungkin mencecah tiga kali ganda menjelang 2035. – Gambar EPA, 30 November, 2022.

STOK senjata nuklear China mungkin mencecah tiga kali ganda kepada 1,500 kepala peledak menjelang 2035, menurut Pentagon dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa.

Laporan tahunan tersebut berkenaan peningkatan senjata nuklear dan konvensional milik tentera negara Beijing.

“Jabatan Pertahanan AS menjangkakan jumlah simpanan kepala peledak nuklear yang boleh beroperasi milik China sudah melebihi 400.

“Negara itu berkemungkinan memiliki simpanan kepala peledak sekitar 1,500 menjelang 2035,” menurut laporan itu.

Anggaran itu bagaimanapun masih jauh ketinggalan berbanding simpanan senjata AS dan Rusia, yang masing-masing memiliki ribuan lebih banyak kepala peledak nuklear.

Pentagon juga mendakwa China sedang berusaha untuk memodenkan simpanan senjata balistik dengan melancarkan kira-kira 135 ujian peluru sepanjang 2021, tidak termasuk yang dilancarkan ketika konflik.

“Tentera udara China sedang berusaha mengatasi tentera udara Barat dengan pantas,” katanya. – AFP, 30 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen