PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) Andriy Pavelko ditahan semalam atas dakwaan penyelewengan dana, kata peguamnya.
Peguamnya memberitahu AFP Pavelko didakwa menyalahguna dana untuk membina kilang rumput tiruan.
Pavelko yang menafikan dakwaan tersebut berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun jika disabitkan bersalah. Beliau dijangka dibebaskan selepas membayar ikat jamin 9.9 juta Hryvnia Ukrain (AS$270,000).
“Wang ikat jamin sudah dibayar. Kami berharap Pavelko akan ke pejabat semula dalam tempoh beberapa jam lagi,” kata peguamnya, Denys Bugay.
Bugay juga berkata pasukan peguam Pavelko akan memberi kerjasama bagi membantu siasatan.
Pavelko menerajui UAF sejak 2015. – AFP, 30 November, 2022.
Komen