Agong terima mengadap perdana menteri


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang tadi.– Gambar Facebook, 29 November, 2022.

YANG di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini, yang pertama sejak mengangkat sumpah pada Khamis lalu.

Istana Negara menyiarkan gambar pertemuan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Anwar di Istana Negara yang bermula jam 5 petang.

Pihak istana bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai pertemuan itu ketika negara masih menunggu perkembangan kabinet pertama Anwar yang masih belum diumumkan.

Perdana menteri dijadual menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi esok.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Khamis lalu.

Pada sidang media sulungnya sebagai perdana menteri, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan dibentuk dengan penyertaan beberapa pihak bagi memastikan kestabilan negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata tiga komponen terbesar kerajaan perpaduan ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – 29 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen