Turki akan bina kem pelarian perang di Syria


Gambar fail menunjukkan pelarian di luar kem yang dimusnahkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish Syria (YPG) di Idlib, Syria pada 6 Februari lalu. Turki hari ini mengumumkan akan membina kem di Syria, termasuk berdekatan sempadan Idlib bagi menempatkan 170,000 pelarian perang saudara. – Gambar EPA, 6 Mac, 2018.

TURKI hari ini mengumumkan akan membina kem di Syria, termasuk berdekatan sempadan Idlib bagi menempatkan 170,000 pelarian perang saudara.

Dengan bantuan dari agensi seperti Bulan Sabit Merah Turki dan pihak berkuasa kecemasan AFAD, Turki sudah tujuh tahun menempatkan lebih tiga juta pelarian konflik Syria, telah meningkatkan bantuan kepada pelarian di sebelah sempadan Syria.

“Bulan Sabit Merah dan AFAD telah memulakan kerja-kerja pembinaan kem bagi menempatkan 170,000 pelarin di wilayah Idlib dan Euphrates Shield,” jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy memberitahu pemberita di Ankara.

Hami merujuk kepada serangan pertama Turki di Syria yang digelar Euphrates Shield pada Ogos 2016 hingga Mac 2017, yang menyasarkan kumpulan ekstremis Islam dan militia Kurdish Syria di kawasan timur Afrin.

Dalam operasi itu, pemberontak Syria pro-Ankara yang disokong tentera Turki, membebaskan beberapa kawasan bermula dari Jarabulus hingga ke Al-Bab daripada pengganas IS.

Pada Januari, tentera Turki melancarkan satu lagi serangan kempen menentang Unit Perlindungan Rakyat Kurdish Syria (YPG), yang dibentuk sebagai kumpulan pengganas di kubu pertahanan di Afrin, Syria.

Agensi-agensi kemanusiaan Turki telah lama mencari kawasan kem di sekitar Azaz dan di Idlib sekirannya lebih ramai pelarian menghampiri sempadan untuk mendapatkan perlidungan dari pengeboman di Afrin.

Sementara itu, Aksoy sekali lagi menggesa Amerika Syarikat supaya mengehntikan kerjasama dengan YPG di Syria.

Perselisihan mengenai YPG dan isu-isu lain telah menjejaskan hubungan antara Ankara dan Washington yang memutuskan untuk menubuh jawatankuasa kerja bagi menangani masalah.

Aksoy berkata pertemuan pertama akan diadakan di Washington pada 8-9 Mac. – AFP, 6 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen