GUNUNG berapi aktif paling besar di dunia Mauna Loa di Hawaii meletus kali pertama dalam tempoh 40 tahun, mengeluarkan lava dan abu panas semalam.
Aliran lava panas umpama sungai dapat dilihat keluar dari gunung berapi itu, menyebabkan awan hitam dan asap di puncak Big Island.
Amaran dikeluarkan keadaan di kawasan sekitar boleh berubah dengan pantas.
Tekanan di Mauna Loa berlaku sejak bertahun lalu, menurut Agensi Geologi Amerika Syarikat yang melaporkan letusan dapat dilihat sejauh 72km, di bandar Kona, pantai barat pulau utama Hawaii.
Letusan berlaku sebelum tengah malam Ahad, pada awalnya hanya di bahagian puncak gunung berapi – tetapi pakar berkata lava mulai mengalur keluar daripada rekahan, semalam.
Agensi itu berkata pada masa ini letusan itu tidak menjejaskan kehidupan penduduk di bawah zon letusan, tetapi mengeluarkan arahan, ia mungkin berbahaya.
Pakar turut memberi amaran angin membawa gas dan asap ke bahagian bawah gunung itu mungkin membahayakan orang ramai. – AFP, 29 November, 2022.
Komen