AKAUN WeChat di seluruh dunia kini mencecah leih satu bilion, kata ketua pegawai eksekutif syarikat induknya, Tencent.
Aplikasi semua dalam satu yang merangkumi mesej, media sosial, pembayaran mudah alih, permainan, berita dan perkhidmatan lain, menjadi keperluan bagi kebanyakan penduduk China.
“Pengguna aktif bulanan WeChat di seluruh dunia melebihi satu bilion,” kata CEO Pony Ma semalam.
“Di masa akan datang, kami berharap untuk menggunakan inovasi teknologi untuk memajukan langkah pembaharuan dan pembukaan setrusnya,” kata Ma.
Kenyataannya itu merujuk kepada dasar liberalisasi ekonomi China yang mendorong pertumbuhan ekonomi selama empat dekad.
Walaupun Ma berkata pengguna aktif bulanan WeChat melebihi satu bilion, seorang jurucakap syarikat berkata Ma sebenarnya merujuk kepada jumlah keseluruhan akaun.
Namun, angka satu bilion itu menunjukkan asas pengguna yang dibina oleh Tencent di luar dan dalam China untuk aplikasi itu.
Ia membandingkan dengan 2.1 bilion pengguna aktif bulanan Facebook dan 1.5 bilion pengguna aplikasi WhatsApp.
Populariti WeChat dan keuntungan dari permainan mudah alihnya telah meningkatkan pendapatan dan nilai saham Tencent.
Pada tahun lalu, syarikat itu mengatasi Facebook dalam nilai pasaran dan melonjak kedudukan Ma, 47, dalam senarai orang kaya di China.
Menurut majalah Hurun Report, Ma merupakan perwakilan terkaya dalam parlimen dengan kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$47 bilion (RM183 bilion). – AFP, 6 Mac, 2018.
Komen