Gunung berapi Cotopaxi di Ecuador catat aktiviti seismik


Abu yang dicetuskan gunung berapi Cotopaxi menjejaskan selatan Quito dan lembah sekitarnya. – Gambar Facebook, 28 November, 2022.

PELEPASAN gas dan wap air, tahap abu yang rendah dan peningkatan aktiviti seismik dicatatkan pada Ahad di gunung berapi Cotopaxi di Ecuador, lapor Xinhua.

Perkembangan aktiviti seismik itu direkodkan dari 5.40 pagi waktu tempatan (10:40 GMT) oleh kamera pengawasan berhampiran gunung berapi, menurut institut geofizik Ecuador dalam satu kenyataan.

Abu yang dicetuskan gunung berapi itu menjejaskan selatan Quito dan lembah sekitarnya.

“Adalah disyorkan untuk mengambil langkah-langkah penting dan mengikuti maklumat daripada sumber rasmi,” menurut agensi itu.

Sejak 23 Oktober, amaran kuning yang bermaksud risiko sederhana berkuat kuasa di kawasan berhampiran gunung berapi.

Kali terakhir gunung berapi itu meletuskan abu paling dasyat pada 26 Jun, 1877. – Bernama, 28 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen