Bekas presiden Korea Selatan disoal siasat kes rasuah


Tuduhan rasuah itu melibatkan saudara-mara dan pembantu Lee Myung-bak, 76, yang menjadi presiden Korea Selatan pada 2008 hingga 2013. – Gambar EPA, 6 Mac, 2018.

PIHAK pendakwaan Korea Selatan hari ini memanggil bekas presiden Lee Myung-bak untuk disoal siasat sebagai suspek jenayah dalam satu skandal rasuah, menurut laporan.

“Kami perlu menyiasat bekas presiden Lee untuk mencari kebenaran (dalam skandal) melalui cara yang telus dan berkesan,” kata agensi berita, Yonhap yang memetik seorang pendakwa Seol tidak bernama sebagai berkata.

Tuduhan rasuah itu melibatkan saudara-mara dan pembantu Lee, 76, yang menjadi presiden pada 2008 hingga 2013.

Pihak pendakwa Seol telah menyiasat pelbagai kes rasuah berjumlah berjuta dolar, yang mengaitkan bekas presiden itu.

Penggantinya, Park Geun-hye, dipecat tahun lalu atas skandal rasuah besar-besaran pada 2016.

Keputusan dalam perbicaraan atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasanya pada bulan depan, dan pihak pendakwa menuntut hukuman penjara selama 30 tahun. – AFP, 6 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen