Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong kerajaan perpaduan


Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) menerima kunjungan hormat Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal di Putrajaya hari ini. – Gambar Twitter, 27 November, 2022.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.

Perdana menteri menerusi catatan di Twitter beliau hari ini berkata, komitmen berkenaan juga adalah demi kepentingan rakyat Sabah.

Menerusi ciapan itu, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan hormat Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal ke atas beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Warisan memenangi tiga kerusi kesemuanya di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud. – Bernama, 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen