Arab Saudi tawar bina stadium bola sepak di Iraq 


Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz menyatakan hasrat untuk membiaya pembinaan stadium di Iraq menerusi panggilan telefon antara baginda dengan Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi. – Gambar EPA, 6 Mac, 2018.

ARAB Saudi menawarkan untuk membiaya pembinaan stadium bola sepak di Iraq, berikutan FIFA bersedia untuk menarik balik sekatan yang dikenakan negara itu bagi mengadakan pertandingan antarabangsa. 

Tawaran itu dibuat melalui panggilan telefon antara Raja Salman dan Perdana Menteri Haider al-Abadi pada Isnin, menurut pejabat perdana menteri itu. 

Bagaimanapun ia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kos pembinaan stadium itu atau lokasi pembinaannya. 

Ia berikutan perlawanan persahabatan antarabangsa antara dua negara itu yang diadakan di Basra yang merupakan bandaraya ketiga terbesar di Iraq pada 28 Februari lalu, yang juga merupakan perlawanan pertama di negara Iraq sejak 40 tahun lalu. 

Raja Salman menyifatkan perlawanan itu, yang menyaksikan Iraq menang 4-1 di hadapan 60,000 penonton, sebagai satu “kejayaan”, kata pejabat Abadi.

Ia turut menyaksikan Konfederasi Bola Sepak Asia yang diterajui Salman bin Ibrahim Al-Khalifa berkata, “sudah tiba masanya” untuk menghentikan sekatan tiga dekad yang dikenakan ke atas Iraq untuk mengadakan perlawanan antarabangsa. 

FIFA dijangka akan membuat keputusan pada 16 Mac depan.  

Negara berkenaan tidak pernah mengadakan perlawanan antarabangsa di tempat sendiri sejak penjajahannya ke atas Kuwait pada 1990.

Sekatan itu dikenakan termasuk kepada perlawanan domestik yang kekal sehingga penjajahan Amerika Syarikat pada 2003 untuk menjatuhkan Saddam Hussein. – AFP, 6 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen