Sultan Johor terima menghadap Anwar


Beberapa foto mengenai pertemuan antara Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur turut dikongsi di Facebook. – Gambar Facebook, 27 November, 2022.

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Semalam, dilaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri baharu itu.

Khamis lepas, Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis. – Bernama, 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen