5 maut helikopter terhempas di Korea Selatan


Dua dikhuatiri maut dalam nahas helikopter yang berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan (01:50 GMT) pada Ahad, di daerah Yangyang, wilayah Gangwon. – Gambar AFP, 27 November, 2022.

LIMA maut selepas sebuah helikopter terhempas lalu terbakar di daerah Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan pada Ahad, lapor Xinhua memetik agensi berita Yonhap.

Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.50 pagi waktu tempatan.

Helikopter yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang itu terhempas ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan. – Bernama, 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen