2,898 kes baharu Covid-19


MALAYSIA melaporkan 2,898 kes baharu Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 4.984 juta sejak permulaan wabak itu.

Empat kematian berkaitan koronavirus juga dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 36,648.

Selangor juga menyumbang kebanyakan jangkitan baharu iaitu 1,230, diikuti Sabah (210), Kuala Lumpur (206), Melaka (197), Sarawak (176), Perak (153), Pulau Pinang (120), Kedah (109), Pahang (106), Negri Sembilan (102), Terengganu (77), Putrajaya (72), Kelantan (66), Johor (47), Labuan (18) dan Perlis (9).

Kes aktif kini mencecah 27,008, dengan 24,924 menjalani kuarantin di rumah.

Terdapat 97 pesakit dalam unit rawatan rapi, dengan 57 memerlukan bantuan pernafasan. – 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen