Jaringan Messi hidupkan peluang Argentina di Piala Dunia


LIONEL Messi membantu menghidupkan peluang Argentina di Piala Dunia Argentina dengan menjaringkan gol pertama 2-0 dalam menewaskan Mexico 2-0 pada Sabtu.

Kekalahan kepada pihak luar Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di Qatar menyebabkan Argentina dalam keadaan genting kerana satu lagi kekalahan akan menamatkan peluang mereka di kejohanan itu.

Messi menjaringkan gol dari jarak 18 meter pada minit ke-64, sebelum Enzo Fernandez menambah gol kedua untuk Argentina tiga minit sebelum masa tamat.

“Ia adalah perlawanan yang sukar untuk kami bangkit kerana Mexico bermain dengan baik.

“Separuh masa pertama bermain dengan intensiti tetapi separuh masa kedua kami bertenang dan menjadi diri kami semula.”

Gol Messi itu menyaksikan beliau menyamai rekod dilakukan mendiang Diego Maradona dengan lapan gol dan 21 penampilan di Piala Dunia untuk Argentina.

Ia berlaku sehari selepas warga Argentina menyambut ulang tahun kedua kematian Maradona.

Bagaimanapun, Argentina masih perlu memenangi perlawanan terakhir kumpulan menentang Poland untuk menjamin tempat ke peringkat kalah mati.

“Kami tidak boleh berputus asa sekarang. Setiap perlawanan adalah perlawanan akhir sekarang, kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan,” kata Messi.

Sementara itu, juara bertahan Perancis mengekalkan momentum susulan kemenangan 4-1 ke atas Australia dalam aksi pembukaan dengan menewaskan Denmark 2-1, menerusi dua jaringan Kylian Mbappe.

Poland pula berjaya mengalahkan Arab Saudi 2-0 menerusi jaringan Robert Lewandowski pada minit ke-82 dan gol sebelum itu oleh Piotr Zielinski. 

Ini bermakna Poland hanya memerlukan satu mata pada aksi terakhir Kumpulan C menentang Argentina bagi mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati. – AFP, 27 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen