Suspek kes tembak di sekolah Brazil ditahan


REMAJA yang menyerang dua sekolah di bandar Aracruz, Brazil sehingga mengakibatkan tiga nyawa terkorban sudah ditahan, kata Gabenor negeri Espirito Santo Renato Casagrande, lapor Sputnik.

“….saya mengisytiharkan tiga hari perkabungan rasmi. Kami akan terus menyiasat motif serangan dan tidak lama lagi kami akan dapat maklumat baharu,” tulis Casagrande di Twitter pada Jumaat.

Menurut laporan media tempatan, pada Jumaat pagi seorang remaja berusia 16 tahun meluru ke bilik kakitangan di sebuah sekolah kerajaan dan menembak mati dua guru.

Remaja itu kemudian menaiki kenderaan dan menuju ke sebuah sekolah swasta berhampiran dan menembak seorang pelajar.

Selain itu, 11 orang turut cedera dalam kejadian itu. Penyerang dilaporkan merupakan pelajar satu daripada sekolah berkenaan. – Bernama, 26 November, 2022.          


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen