AKHIRNYA kemelut politik berakhir dengan terlantiknya Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang ke-10.
Desas-desus yang berlanjutan sejak Sabtu lalu kini sudah reda dan lanskap politik kelihatan lebih mantap dalam 24 jam yang lalu.
.jpg)
Kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim harap akan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia.
Namun masih ada khabar-khabar yang mengatakan bahawa Parti PAS akan turut memberi pertimbangan yang sewajarnya, akan pendiriannya untuk menjadi sebahagian kerajaan perpaduan Anwar.
Anwar mempelawa Perikatan Nasional (PN) untuk turut berada dalam kerajaan tetapi presiden PN Muhyiddin Yassin masih tidak ingin menerimanya.
Soalnya kini, adakah PAS masih bersehaluan dalam ketetapan Muhyiddin atau ia mempunyai pandangan yang berbeza?
Jika diteliti secara rasional mungkin lebih bijak jika PAS turut menyertai gabungan kerajaan perpaduan Anwar.
Langkah ini juga akan memastikan bahawa kepentingan semua kelompok tidak kira latar belakang dan falsafah mereka akan terjamin.
Mungkin sudah tiba masa PAS dan Bersatu bercerai jika halatuju tidak sama lagi.
Kebajikan ahli-ahli dan penyokong PAS adalah lebih penting daripada berpegang kepada prinsip yang mungkin tidak begitu menguntungkan.
Malaysia harus bergerak ke hadapan secara senada, iaitu semua negeri patut maju dan makmur bersama-sama.
Ideologi politik majmuk akan menguntungkan semua lapisan masyarakat.
Sekian, terima kasih. – 25 November, 2022.
* Narinder Pal Singh, pembaca The Malaysian Insight.
Komen