Import export Myanmar meningkat 22.32% dalam tempoh 8 bulan


Jumlah import dan eksport barangan Myanmar melonjak 22.32% tahun ke tahun kepada lebih AS$21.46 bilion bagi tempoh hampir lapan bulan. – Gambar EPA, 25 November, 2022.

JUMLAH import dan eksport barangan Myanmar melonjak 22.32% tahun ke tahun kepada lebih AS$21.46 bilion bagi tempoh hampir lapan bulan tahun fiskal 2022-23 bermula April, menurut data rasmi pada Jumaat.

Dari 1 April hingga 18 November tahun ini eksport meningkat 16.84% kepada AS$10.42 bilion berbanding tahun sebelumnya manakala import turut mencatatkan peningkatan 27.99% kepada AS$11.04 bilion, menurut data Kementerian Perdagangan.

Dalam tempoh itu kira-kira 77.01% daripada jumlah perdagangan negara melalui laluan laut dan kira-kira 22.98% melalui sempadan darat.

Negara Asia Tenggara itu turut menjalankan perdagangan antara sempadan dengan China, Thailand, Bangladesh dan India.

Myanmar mengeksport produk pertanian, produk haiwan, perikanan, mineral dan hasil hutan, barangan pembuatan dan lain-lain, manakala negara itu mengimport barangan modal, barangan perantaraan dan barangan pengguna. – Bernama, 25 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen