PEMILIK Twitter Elon Musk berkata akaun yang disekat akan ditarik balik bermula minggu depan.
Langkah itu diambil susulan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mengenai sama ada perlu memberikan “pengampunan” kepada akaun yang disekat mendapat lebih 3.1 juta undi menyaksikan 72.4% responden bersetuju manakala 27.6% tidak bersetuju.
Musk memulihkan beberapa akaun yang sebelum ini disekat kerana melanggar peraturan Twitter termasuk akaun bekas presiden Donald Trump, anggota kongres Marjorie Taylor Greene dan Kanye West.
Akaun Twitter Trump disekat kerana didakwa menghasut untuk melakukan keganasan semasa insiden Capitol 6 pada Janurai 2021 dan akaun Greene digantung selepas berulang kali berkongsi maklumat salah mengenai Covid-19 manakala West dikenakan tindakan kerana tweet kenyataan berunsur anti-Semitik, menurut Agensi Anadolu. – Bernama, 25 November, 2022.
Komen