Brazil benam Serbia 2-0 dalam perlawanan Kumpulan G


Brazil menang 2-0 ke atas Serbia pada pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Lusail di Qatar. – Gambar Facebook, 25 November, 2022.

BRAZIL menang 2-0 ke atas Serbia pada pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2022 di Stadium Lusail di Qatar.

Kedua-dua gol Brazil disumbangkan Richarlison pada minit ke-62 dan ke-73, lapor Agensi Berita Tass.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, skuad bola sepak kebangsaan Switzerland menewaskan pasukan Cameroon 1-0.

Brazil dijadual bertemu Switzerland manakala Serbia menentang Cameroon untuk pusingan kedua yang akan diadakan pada 28 November.

Pasukan Brazil pernah merangkul Piala Dunia sebanyak lima kali termasuk yang terbaharu pada 2002. Manakala Serbia tidak pernah mara ke playoff setakat ini. – Bernama, 25 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen