UK larang bangunan kerajaan pasang kamera pengawasan buatan China


Kerajaan Britain semalam melarang jabatannya untuk memasang kamera pengawasan keluaran China di bangunan sensitif atas faktor keselamatan. – Gambar EPA, 25 November, 2022.

SEMUA jabatan kerajaan di Britain dilarang memasang kamera pengawasan buatan China di bangunan masing-masing, terutamanya di “kawasan sensitif” atas alasan keselamatan.

“Memandangkan ancaman terhadap United Kongdom dan peningkatan keupayaan dan rangkaian sambungan sistem ini, kawalan tambahan diperlukan,” kata menteri kanan Oliver Dowden kepada Parlimen.

“Oleh itu, jabatan telah diarahkan untuk menghentikan penggunaan peralatan yang dihasilkan oleh syarikat yang tertakluk kepada undang-undang perisikan China di kawasan sensitif.” m

Langkah itu diambil selepas sekumpulan 67 ahli Parlimen dan kerabat diraja pada Julai menggesa kerajaan melarang penjualan dan penggunaan kamera keselamatan yang dibuat oleh dua firma China, Hikvision dan Dahua, yang didakwa terbabit dalam penindasan terhadap masyarakat etnik Uyghur di Xinjiang.

Menurut kumpulan pemantau Big Brother Watch majoriti badan kerajaan Britain menggunakan kamera pengawasan yang dikeluarkan oleh Hikvision atau Dahua. 

Kerajaan UK semalam melarang penggunaan kamera pengawasan buatan dua syarikat berkenaan dengan serta-merta. – AFP, 25 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen