Sektor pembuatan AS merosot paras terendah dalam tempoh 30 bulan


Sektor pembuatan Amerika Syarikat menguncup pada November dengan mencatat paras terendah dalam tempoh 30 bulan. – Gambar fail EPA, 25 November, 2022.

SEKTOR pembuatan Amerika Syarikat (AS) menguncup pada November dengan mencatat paras terendah dalam tempoh 30 bulan, menurut laporan syarikat khidmat kewangan AS S&P Global, pada Rabu, lapor Anadolu.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang mengukur aktiviti pengurus dalam sektor pembuatan, jatuh 2.8 mata kepada 47.6, merosot daripada 50.4 pada Oktober.

PMI pembuatan diunjur pada 50.

Bacaan di atas 50 menunjukkan pengembangan dalam sektor itu manakala bawah 50 menunjukan penguncupan.

Penurunan itu menandakan pengucupan baharu kedudukan operasi pengeluar pada November, kata S&P Global.

“Penurunan utama turut disumbang oleh kejatuhan baharu dalam pengeluaran dan penurunan lebih ketara dalam pesanan baharu,” katanya. – Bernama, 25 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen