SEBUAH bandar di tengah China yang menempatkan kilang iPhone yang luas telah telah dikenakan sekatan Covid, selepas protes ganas yang menyaksikan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di kemudahan itu.
Penduduk pusat bandar Zhenghzhou tidak boleh meninggalkan kawasan itu melainkan mereka mempunyai ujian Covid negatif dan kebenaran daripada pihak berkuasa, malah dinasihatkan untuk tidak meninggalkan rumah mereka “kecuali perlu”, kata kerajaan tempatan.
Sekatan itu, yang akan berlangsung selama lima hari mulai tengah malam Jumaat, menjejaskan kira-kira separuh penduduk bandar itu.
Notis kerajaan yang dikeluarkan lewat Rabu itu juga memerlukan penduduk lapan daerah menjalani ujian asid nukleik setiap hari dalam tempoh lima hari.
Arahan kerajaan di Zhengzhou dibuat selepas protes ganas tercetus di kompleks kilang iPhone yang luas di bandar tersebut.
Kilang itu, yang dimiliki oleh syarikat teknologi gergasi Taiwan, Foxconn, telah berada di bawah sekatan Covid sejak lebih sebulan di tengah-tengah peningkatan kes di asrama pekerjanya.
Rakaman muncul bulan lalu tentang pekerja panik melarikan diri dari kilang dengan berjalan kaki berikutan dakwaan keadaan buruk di kemudahan itu.
Kerajaan Zhengzhou pada Rabu berkata pandemik di bandar itu “masih teruk dan rumit”.
Zhengzhou pada Khamis merekodkan 675 jangkitan Covid baharu – sebahagian besar daripadanya adalah tanpa gejala. – AFP, 24 November, 2022.
Komen