PM Pakistan lantik ketua angkatan tentera baharu


Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif telah melantik Lt Jen Asim Munir sebagai ketua angkatan tentera baharu, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai jawatan tersebut. – Gambar AFP, 24 November, 2022.

PERDANA Menteri Pakistan Shehbaz Sharif melantik Lt Jen Asim Munir sebagai ketua angkatan tentera baharu negara itu, kata Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb pada Khamis.

Asim, panglima logistik tentera darat dan bekas ketua perisikan, akan menggantikan Panglima Tentera Darat (COAS) Jen Qamar Javed Bajwa yang akan bersara pada 29 November.

Dalam satu lagi pelantikan tertinggi tentera, Lt Jen Sahir Shamshad, komander Kor Rawalpindi, akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ketua Staf Bersama (CJCSC) seterusnya.

Sahir akan menggantikan Jen Nadeem Raza sebagai CJCSC.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berminggu-minggu di Pakistan mengenai jawatan kepimpinan utama tentera. – Bernama, 24 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen