RAJA-RAJA Melayu bermesyuarat pagi ini dalam persidangan khas di Istana Negara bagi membincangkan penyelesaian kepada kebuntuan politik dalam membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa mesyuarat itu diadakan bagi mendapatkan pandangan pemerintah Melayu lain mengenai kebuntuan politik.
Pagi ini, kenderaan Sultan Johor adalah yang pertama dilihat memasuki istana pada 9.43 pagi.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyuddin Yassin menolak permintaan Agong pada Selasa agar gabungannya membentuk kerajaan perpaduan dengan PH.
Bagaimanapun Pengerusi PH Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk memenuhi permintaan Agong dengan mana-mana parti.
Pada pilihan raya umum baru-baru ini, PH memenangi 76 kerusi manakala ahli gabungannya DAP Sarawak mengumpul lima dan Muda satu, dengan jumlah keseluruhan 82 kerusi.
PN dan PAS pula masing-masing memenangi 51 dan 22 kerusi, dengan jumlah gabungan 73 kerusi. Barisan Nasional memenangi 30 kerusi. – 24 November, 2022.
Komen